Monday, September 23, 2013

Penubuhan PROTON


PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia.

Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON adalah seperti berikut:
  • Proton ExoraMPV pertama Proton ini dilancarkan pada 15 April 2009. Pembangunan model ini bermula daripada sifar dan ia merupakan MPV pertama yang dihasilkan oleh Malaysia.
  • Proton Gen-2: Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.
  • Proton Juara: Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.
  • Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta sedan 1.6 liter ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback.
  • Proton Perdana: Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.
  • Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke-100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Model generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada Januari 2008 dengan reka bentuk serba baru rekaan Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L.
  • Proton Satria: Hatchback 3-pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Colt.
    • Proton Satria GTi: Hatchback sport 3-pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport untuk market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular diMalaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4-silinder 1.8 liter DOHC.
  • Proton Waja: Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama direka sendiri. Chasis kereta diambil dan direka berpandukan chasis daripada Mitsubishi dan Volvo serta dibekalkan dengan enjin Renault. Asalnya model Proton Waja 1.6 menggunakan enjin Mitsubishi model tahun 2000 tetapi kemudian ia mula menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada tahun 2008, enjin Campro pada Proton Waja turut dilengkapi teknologi pemasaan injap boleh laras Campro CPS.

No comments:

Post a Comment