Saturday, November 30, 2013

Cara Menguatkan Daya Ingatan

* Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
* Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
* Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
* Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
* Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
* Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.
* Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
In Shaa Allah, niat yang baik pasti akan mendapat hasil yang diberkati! SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, November 28, 2013

Hati Yang Tenang

Salam..semua orang ingin memiliki hati yang tenang, even kalau tanya orang kurang siuman pun mereka inginkan hati yang tenang. Dewasa ini, kita dapat lihat pelbagai jenayah berlaku di serata dunia. Saya yakin mereka ingin kurang memiliki hati yang bersih dan tenang mungkin disebabkan oleh tekanan hidup. Namun, Islam memberikan penyelesaian terhadap tekanan hidup itu agar jiwa menjadi tenang. Tak ada istilah stress atau kecewa bagi seorang Mukmin. Persoalannya Islam telah memberikan penyelesaian untuk menghadapi tekanan hidup. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa:

1. Membaca dan mendengarkan kitab suci al-Qur'an :
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah s.a.w.. Ia mengeluh, “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Hari-hariku penuh dengan perasaan tak tenteram, jiwaku gelisah, dan fikiranku kusut. Makan tak lalu, tidur pun tak lena," kata orang tersebut.

Ibnu Mas’ud menjawab, ”Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat :

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.

Kedua, engkau pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat mengabdikan diri kepada Allah.

Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang tersebut. Sampai saja di rumah, segera ia berwudhu kemudian diambilnya al-Qur'an dan dibacanya dengan khusyuk. Selesai membaca, ia segera dapati hatinya memperoleh ketenteraman, dan jiwanya pun tenang. Fikirannya segar kembali, hidupnya terasa seronok kembali. Padahal, ia baru melaksanakan satu dari tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah s.a.w tersebut.

2. Menyayangi orang miskin :
Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin. Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis dijelaskan bahwa para Malaikat selalu mendoakan orang-orang dermawan:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :“Setiap pagi hari dua Malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan do'a: ' Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang bersedekah. Dan Malaikat yang kedua pun berdo'a :' Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kedekut itu kebinasaan."

Dari hadis tersebut dapat disimpulkan bahwa orang yang dermawan itu memperoleh dua balasan. Pertama, ia mendapatkan ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain. Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan dari Allah s.w.t.

3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat orang di atas :
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah s.w.t, meskipun nampak sedikit. Rasa syukur itu akan muncul bila kita senantiasa melihat orang-orang yang lebih rendah taraf kehidupannya dari kita, baik dalam segi harta kekayaan, tahap kesihatan, rupa paras, pekerjaan dan pendidikannya. Betapa ramai di dunia ini orang yang kurang bernasib baik. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

4. Menjaga perhubungan silaturahim :
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang memerlukan perhubungan sesama manusia, untuk bantu membantu sesama mereka. Berbagai keperluan hidup tak mungkin diperolehi tanpa bantuan orang lain. Oleh itu, di dalam hadis Rasulullah s.a.w diperintahkan untuk tetap menjalin hubungan silaturahim, sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda bahwa silaturahmi dapat memanjangkan umur dan memurahkan rezeki . Hubungan yang baik di dalam keluarga, maupun dengan jiran tetangga akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan menyelesaikan berbagai masaalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah s.w.t. memasukkan ke dalam Syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

5. Banyak mengucapkan kalimah "la hawla wa la quwwata illa billah." dan berzikir kepada Allah.
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki adalah bersumberkan dari Allah s.w.t. Oleh itu hendaklah kita selalu menghubungkan hati dengan Allah s.w.t. dalam semua keadaan, baik dalam keadaan senang maupun susah. Banyakkanlah berzikir dan membaca kalimah-kalimah Allah. Perhubungan yang kuat dengan Allah s.w.t. akan membuat jiwa seseorang menjadi kuat, tak mudah diganggu gugat oleh sesiapa pun, apabila hati sentiasa mengingati Allah maka syaitan laknatullah tidak akan dapat mempengaruhi hati dan fikiran kita.

6. Mengatakan kebenaran walaupun ianya pahit didengar :
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangan. Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan terbina apabila kita tidak melanggar nilai-nilai kebenaran. Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang-orang kerap berbuat maksiat, kehidupannya dipengaruhi kegelisahan.

7. Sentiasa berlapang dada terhadap kecaman orang lain asalkan yang kita lakukan benar-benar kerana Allah :
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerena selalu mengambil perhatian kecaman orang lain terhadap dirinya. Sedangkan seseorang akan memiliki pendirian yang kuat jika berpegang kepada prinsip-prinsip yang datang dari Allah s.w.t. iaitu Islam sebagai cara hidup. Sekiranya kita ikuti apa yang berlaku di dunia sekarang ini, ianya akan menganggu ketenagan jiwa kita.

8. Tidak meminta-minta kepada orang lain :
"Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah" adalah hadis Rasulullah s.a.w yang memotivasi setiap mukmin untuk hidup berdikari. Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain, kerana jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan. Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah. Hal ini tentu membuat jiwanya tidak tenang.

9. Menjauhkan diri dari berhutang :
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w dengan tegas mengatakan yang bermaksud : “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasakan keamanan!”
(Para sahabat) bertanya:" Bagaimana boleh terjadi seperti itu!"
Sabdanya :" Kerana hutang.”

Begitulah kenyataanya. Orang yang berhutang akan senantiasa bimbang dan risau, kerena ia akan didatangi oleh orang yang memberi hutang kepadanya. Inilah salah satu faktor yang membuat banyak orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah s.a.w juga mengatakan dalam hadisnya yang bermaksud : “Hendaklah kamu jauhi hutang, kerena hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari."

10. Selalu berfikiran positif :
Mengapa seseorang mudah stress dan jiwa tak tenang? Salah satu faktornya kerena ia selalu berfikiran negatif. Selalu mencela dan menyesali kekurangan diri. Padahal, setiap kita diberikan oleh Allah s.w.t. berbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah perasaan keluh kesah yang membuat muka berkerut, lemah badan dan kecewa dengan ucapan yang mengembirakan. Ucapan yang mengembirakan akan membuat kita mudah tersenyum, jiwa menjadi lebih bersemangat. Bukankah di balik kesulitan dan kegagalan ada hikmah yang boleh jadi pelajaran? Dan bukankah disebalik kesulitan ada kemudahan?

Jom kita cuba amalkan 10 perkara di atas ini. Saya teringat kata-kata ibu dan bapa saya, kita dilahirkan seperti kain putih tetapi kita yang akan corakkan kain putih tu untuk kekal putih atau pun kotorinya. 

Friday, November 22, 2013

Info Kesihatan

Seringkali apabila keletihan, kita akan berasa pening kepala, begitu juga sebaliknya. Kemungkinan stress semasa kerja, tak cukup tidur dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku dikalangan pelajar sekolah atau universiti dan tidak ketinggalan golongan pekerja.
Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan adalah jalan penyelesaian kepada kita yang sering dibelenggu masalah stress.Terapi ini amat mudah dilakukan.
1.  Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
2.  Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
3.  Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
4.  Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
5.  Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
6.  Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
7. Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
Selamat mencuba…

Tuesday, November 19, 2013

LAKSA PERAK IN THE HOUSE!

Salam..today food again because i love eating so much! For your info, i extremely like laksa since i was 6 yeard old u know. So its about 16years i eat laksa. The best laksa i've ate is my mum's laksa. Nothing can compare to. sedaaapppp!! So,siapa yang dah terliur tu,boleh try resipi kat bawah ni ye.


Bahan-bahan:
1 bungkus mee laksa ( rebuskan sampai lembut dan toskan )
timun dihiris ,sayur salad dihiris,bawang besar dihiris ,telur direbus ,cili merah(besar) dihiris
secekak daun kesom
2 bunga kantan
limau kasturi

Bahan kuah:
1 kg ikan termenung/ikan mata besar/ikan sardin ( ikut citarasa sendiri )
1 biji bawang besar
1 inci belacan
8 hiris  asam keping
10 cili kering sederhana pedas ( nak tambah cili padi pun boleh )

Cara membuat:
1. Ikan direbus dahulu sampai tulang nya lembut. 
2. Kemudian sejukkan dan dikisar, buang tulangnya.
3. Angkat dan masukkan dalam periuk.
4. Kisar bawang besar,cili kering dan belacan,kemudian masukkan dlm periuk berisi isi ikan tadi
5. Didihkan kuah dengan campurkan bunga kantan,asam keping dan daun kesom. Biarkan sampai mendidih agak lama dengan api yang kecil.
6.Letakkan garam dan gula secukup rasa 
7. Apabila sudah masak elok ,hidangkan laksa dengan hiaskan timun,salad, bwg besar ,limau kasturi dan telur dibelah 2.

tasty! yummy yummy :))))


Friday, November 15, 2013

10 Waktu Mustajab untuk Berdoa

Salam.anda pernah tak tertanya-tanya apakah waktu yang paling mustajab untuk berdoa? Allah memberikan kita peluang berdoa pada bila-bila masa dan di mana jua kita berada. Namun begitu, sebagai seorang muslim kita haruslah mengambil kesempatan untuk berdoa pada waktu-waktu yang diberikan keutamaan seperti berikut :
1. Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya”. ( HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Abi ‘Ashim )
2. Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash ra. bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda. Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbuka ada doa yang tidak ditolak. ( HR. Ibnu Majah dan Hakim )
3. Setiap Selepas Solat Fardhu
Dari Abu Umamah ra, sesungguhnya Rasulullah saw ditanya tentang doa yang paling didengar oleh Allah swt, beliau menjawab. Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu. ( HR. Tirmidzi )
4. Pada Saat Adzan dan Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa’ad ra, bahwa Rasulullah saw bersabda. Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak; doa pada saat adzan dan doa tatkala perang berkecamuk”. ( HR. Abu Daud, Al-Baihaqi dan Hakim )
Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra, bahawa ia mendengar Nabi saw bersabda: “Jika kalian mendengar orang yang adzan maka ucapkanlah seperti apa yang ia ucapkan dan bershalawatlah untukku karena barangsiapa yang bershalawat untukku sekali maka Allah akan bershalawat untuknya sepuluh kali, kemudian mintalah wasilah (kedudukan mulia di surga) untukku, karena ia adalah suatu kedudukan di surga yang tidak pantas diberikan kecuali kepada seorang hamba dari hamba-hamba Allah dan aku berharap semoga akulah hamba itu, maka barangsiapa yang memohon untukku wasilah itu, maka ia berhak mendapatkan syafa’at.” (HR. Muslim )
Dari Jabir Bin Abdillah ra. bahwa Rasul saw bersabda:
“Barang siapa yang mengatakan setelah mendengar seruan adzan -“Ya Allah! Tuhan pemilik adzan yang sempurna ini dan solat yang ditegakkan, berilah Muhammad wasilah dan fadhilah dan bangkitkanlah ia pada tempat terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya- halallah ia mendapatkan syafa’atku pada hari kiamat”. ( HR. Bukhari )
5. Sesaat Pada Hari Jumaat
Dari Abu Hurairah ra, bahawa Abul Qasim saw bersabda. Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidak bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. ( HR. Muttafaqun Alaihi )
Waktu yang sesaat itu tidak diketahui secara terang dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada pada saat imam atau khatib naik mimbar hingga selesai solat Jumaat atau hingga selesai waktu solat asar bagi orang yang menunggu solat maghrib.
6. Bangun Malam, Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berzikir Kepada Allah
Dari Muad bin Jabal ra, bahwa Rasulullah saw bersabda. Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya”. ( HR. Ibnu Majah )
Terbangun tanpa sengaja pada malam hari. (An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190) Yang dimaksud dengan “ta’ara minal lail” terbangun dari tidur pada malam hari.
7. Doa Diantara Adzan dan Iqamah
Dari Anas bin Malik ra, bahwa Rasulullah saw bersabda. Doa tidak akan ditolak antara adzan dan iqamah”. ( HR. Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Baihaqi )
8. Doa Pada Waktu Sujud Dalam Solat
Dari Ibnu Abbas ra, bahwa Rasulullah saw bersabda. Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa sebab saat itu sangat tepat untuk dikabulkan”. ( HR. Muslim )
Dalam riwayat lain.
Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw bersabda: Yang paling dekat seorang hamba pada Rabbnya ketika ia sedang sujud, maka perbanyaklah kalianlah berdoa. ( HR. Muslim, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad )
9. Doa Pada Malam Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. ( Qs. Al-Qadr 97: 3-5 )
Imam Asy-Syaukani berkata bahwa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)
10. Doa Pada Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib ra, dari bapaknya dari kakeknya bahwasanya Nabi saw bersabda. Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. ( HR. At-Tirmidzi )

Secara kesimpulannya,jom lah kitab berdoa di waktu2 sperti di atas, saya selalu amalkan doa ketika dalam sujud akhir setiap kali solat. Janganlah kita malu untuk berdoa kepada Allah, sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Ya Allah, kau makbulkanlah segala permintaan kami. aamin............

Thursday, November 14, 2013

Cara Mengatasi Stress

  • Berfikiran terbuka, kadang-kadang orang tidak mahu berfikiran terbuka dan menganggap masalah yang dihadapinya tiada jalan penyelesaian sehingga akhirnya masalah itu bertambah-tambah dan semakin menekan fikiran. Apabila kita bercerita masalah yang dihadapi kepada orang lain, sekurang-kurangnya kita akan berhenti memikirkan masalah itu dan akan berasa lega walaupun masalah itu belum selesai.

  • Berekreasikeluar dan mencari tempat yang menenangkan seperti tempat rekreasi, cara ini akan membuat fikiran lebih tenang sehingga boleh  mendapatkan langkah untuk mengatasi masalah itu. Dengan tetapkan target dan fokus, rekreasi hanya sementara untuk mencari inspirasi jangan sampai berterusan sehingga lupa akan masalah yang menimpa.
  • Bergaul dengan orang-orang positif, menghabiskan waktu dengan orang-orang positif, setidaknya ia dapat memperkuatkan mental anda untuk bertahan menghadapi stres. Selain itu, anda digalakkan juga untuk bertukar fikiran dan berkongsi masalah itu untuk mendapatkan nasihat.
  • Tidur yang cukupTidur sekurang-kurangnya 6 sampai 8 jam setiap hari kerana memberi runag untuk diri anda berehat dan membuat persiapan untuk hari berikutnya. Jika kita tidak mendapatkan tidur yang cukup, tubuh kita tetap lelah, tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk memberu tumpuan pada masa bekerja dengan baik yang akan menyebabkan stres.
avoid stress ya!

Friday, November 8, 2013

PARIS


Hello! hari ini saya nak membebel pasal tempat-tempat menarik di Paris. Saya pernah belajar bahasa perancis when i was form1-3. Cikgu yang mengajar saya ialah Madame Seri Wangi. Sumpah garang sangat madame ni but so kind-hearted and i do miss her. Dia pernah duduk Paris lama jugak masa dia belajar so memang fluent la dia cakap bahasa perancis. Bonjour, aujourd'hui nous allons apprendre un nouveau titre bla bla bla. So,dia banyak la cerita pasal tempat-tempat best dekat sana.

1) Eiffel tower

*Eiffel Tower merupakan ilham seorg jurutera Perancis bernama Alexandre Gustave Eiffel, yg mencadangkan pembinaan sebuah menara setinggi 324m (986 kaki) sbg pusat kepada Champ De Mars (Champ De Mars adalah sebuah kawasan lapang berkonsep hijau)

*Kosnya 1.5juta euro

*Kerja-kerja pembinaan bermula pada Julai 1887 dan siap dlm masa kurang dari 2 tahun, melibatkan 300 org pekerja (seorg mati kerana kemalangan dlm tempoh pembinaan)

*Bentuknya dibuat berdasarkan pengiraan matematikal yang melibatkan pengiraan rintangan angin.

*Pada tahun 1909, iaitu merupakan tahun terakhir pajakan menara Eiffel,  ia menjadi kritikan sehingga ada yang mengatakan kewujudan menara itu menyakitkan mata. Ini menyebabkan ia hampir dirobohkan. Pada ketika itu, menara Eiffel diselamatkan hanya kerana ia mempunyai antenna, yg digunakan untuk komunikasi mereka.



i still remember we made this tower using recycle box.



2) Notre-Dame
Katedral ini merupakan titik awal bilamana anda berkunjung ke Paris. Bangunan ini terletak diantara dua sisi sungai, dibangun pada masa Abad pertengahan. Pembangunannya dimulai pada tahun 1163 dan selesai pada tahun 1334. Paduan suaranya dirsmikan pada tahun 1182. 

Sejarah : Semua peristiwa keagamaan dan politik dirayakan disini; Te Deum pertama setelah kemenangan Philippe August ,Pemberian Mahkota Duri yang dibawa pulang oleh Raja Louis , pembukaan Etats Généraux pertama oleh Philippe Le Bel. 

Sejarah Katedral ini dimulai dari masa ini., menjadi satu Prancis. Dari abad 17 dan 18, Notre-Dame menyambut baik semua peristiwa penting untuk merayakan kemenangan Raja serta upacara penguburan. funeral services. 

Untuk menyelesaikan keinginan Raja Louis XIII, Louis XIV mengganti paduan suara gothic dengan yang bergaya baroque. 

Serangan Bastille dirayakan dengan sebuah Te Deum, kemudian kaum revolusioner memenggal patung kepala yang terkenal dan juga yang dari King Gallery. Ketika Napoleon dinobatkan menjadi raja pada tanggal 2. 

Disember 1804, Notre-Dame Cathedral, yang hampir roboh, disembunyikan di balik lapisan emas serta sembunyian yang tergantung. 

Bangunan ini diselematkan dari penghancuran setelah kampanye fter Victor Hugo demi pembangunannya kembali.Arsitek Viollet-Leduc yang menangani supervisi restorasinya yang berlangsung selama 23 tahun dari tahun 1841 dan 1864. Kathedral ini menyimpan organ terbesar di Perancis.

bestnya kan..
3)Musee Du Louvre
Musee du Louvre merupakan sebuah museum yang awalnya dibangun sebagai benteng abad ke-12, lalu diubah menjadi sebuah istana kerajaan di abad ke-14. Ketika benteng asli dihancurkan dan sayap sepanjang sungai Seine dibangun. Istana ini diperpanjang selama abad ke 16 oleh arsitek Pierre Lescot, yang diperluas dengan dua halaman.


Satu dekade kemudian Catharina Medici menambahkan istana Tuileries di sebelah barat Louvre. Pembangunan Musee du Louvre dihentikan untuk beberapa waktu ketika raja Louis XIV memutuskan untuk pindah ke Istana Versailles. Musee du Louvre, merupakan kebanggaan yang sekaligus pusat budaya terpenting bagi bangsa Perancis.
Dari mumi-mumi Mesir Kuno, patung kuno Romawi hingga lukisan paling terkenal buatan Leonardo da Vinci, Monalisa, semua bisa ditemukan oleh para penggemar sejarah di Musee du Louvre atau Museum Louvre. Bangunan ini, kaya akan artefak dan telah menjadi tujuan utama turis di Paris. Museum ini memiliki lebih dari 35.000 karya seni dari seluruh dunia dan mencakup seluruh periode sejarah manusia.
Tepat di depan pintu masuk bangunan kebanggaan Prancis ini dibangun Piramida Louvre. Piramida inimerupakan sebuah piramida kaca dan besi besar, dikelilingi oleh tiga piramida kecil. Piramida utama berperan sebagai pintu masuk utama ke museum. Piramida Louvre selesai dibangun tahun 1989, bangunan ini menjadi markah tanah bagi kota Paris.
Pembangunan piramida menimbulkan kontroversi karena banyak orang menganggap struktur futuristik tersebut terlihat berbeda di depan Museum Louvre dengan arsitekturnya yang klasik. Beberapa orang menuduh Mitterand mengidap penyakit "komplek Firaun". Sementara yang lainnya bangga atas gaya arsitekturnya yang kontras sebagai penggabungan berhasil antara bangunan lama dan baru, klasik dan ultra-modern.
Pengumpulan koleksi-koleksi Musee du Louvre pertama kali pada abad 16 oleh Raja Francis I. Salah satu karya seni yang dia beli adalah Mona Lisa yang kini merupakan lukisan yang sangat terkenal di seluruh dunia. Koleksi-koleksi ini terus bertambah berkat sumbangan dan pembelian oleh raja-raja. Pada 1793, selama Revolusi Perancis, koleksi kerajaan swasta dibuka untuk umum.

Wow!! tengok bangunan dia macam sangat best dan menarik kan. Saya berharap saya akan menjejakkan kaki ke bumi Paris juga suatu hari nanti. honeymoon maybe. hehe. tq =)

Tuesday, November 5, 2013

Info kecantikan : penjagaan rambut

Proses pertumbuhan rambut adalah berbeza bagi setiap orang. Biasanya rambut tumbuh sepanjang satu sampai tiga inci pada setiap bulan. Namun begitu, kita boleh memaksimumkan pertumbuhannya.
Kebanyakan perempuan yang menghadapi stres akan menyebkan pertumbuhan rambut terbantut dan mengalami rambut gugur yang banyak. Namun begitu, ada beberapa cara unutk menyuburkan pertumbuhan rambut.
- Beri protein rambut
Ada beberapa makanan yang sebenarnya juga dapat membantu pertumbuhan rambut. Seperti telur, daging, dan produk susu. Hal ini kerana rambut mengandungi keratin yang didorong oleh amino acid. Jadi dengan pengambilan protein yang memberi amino acid akan membuat rambut lebih cepat tumbuh dan kuat.
- Lindungi kulit kepala dari tenaga panas
Saat mengaplikasikan blowdry,rebonding, atau perming, ada rambut yang terkena tenaga panas. Untuk memiliki rambut yang benar-benar sihat, sila kurangkan aktiviti yang disebutkan.
- Rutin memakai conditioner
Pemakaian rutin conditioner akan membantu rambut yang tumbuh berkilau dan cantik.
- Elakkan cuci rambut setiap hari
Mencuci rambut setiap hari akan menyingkirkan minyak pada rambut yang berguna untuk pertumbuhan rambut yang lebih banyak