Saturday, October 26, 2013

Tahap Pendidikan di Malaysia

Salam.hye! Sempena minggu konvokesyen ukm pada minggu ini,saya nak kongsi tentang tahap pendidikan di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita sudah biasa dengan cara pembelajaran di negara ini. Namun begitu, bagi mereka yang bukan dilahirkan di Malaysia pastinya mereka agak tertanya-tanya dengan tahap pendidikan di negara kita.



  1. PRASEKOLAHSekolah tadika iaitu prasekolah menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia tetapi lebih kepada didikan awal bagi kanak-kanak.. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.
PASTI ini salah satu pusat prasekolah di Malaysia,ini tadika saya ketika saya berumur 4-6 tahun :)))
     2.   PENDIDIKAN RENDAH.  Ianya bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, sekolah akan                    menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Bahasa                        Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan            Malaysia.



Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

   3.  PENDIDIKAN MENENGAH. Di tahap ini, pelajar yang berumur 13-17 tahun akan berada           di pendidikan menengah yang dipanggil tingkatan 1 hingga 5. 


sekolah menengah saya. :)

Pada akhir Tingkatan Lima, para pelajar perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah.

   4.  PRA-UNIVERSITI.


  

      5. PENGAJIAN TINGGI.  Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau                      diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan          untuk ke tahap pengajian tinggi. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak                        menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana tempat pengajian bagi                        sesetengah program adalah terhad. Contohnya, tempat untuk bidang perubatan adalah          terhad dan adalah mustahil untuk universiti awam menerima semua pelajar-pelajar yang          mendapat semua A dalam STPM. Pengajian tinggi terbahagi kepada 2 : 

  • Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA )
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta ( IPTS )



       Senarai IPTA di Malaysia adalah seperti berikut :

         bul9Universiti Teknologi Mara (UITM)

4 comments:

  1. apakah maksud upsr ,pt3,spm dan siapa yang akan mendududkinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian peperiksaan sekolah rendah untuk pelajar umur 12, pentaksiran tingkatan 3 utk pelajar umur 15 dan sijil peperiksaan malaysia utk pelajar umur 17

      Delete
  2. apakah maksud peperiksaan dan apa sebab jika kita tidak mendududuki pepeperiksaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peperiksaan sebagai 'kad lepas' utk setiap individu memasuki tahap pendidikan yang seterusnya (:

      Delete