Tuesday, October 1, 2013

Perak Negeri Kelahiranku

Salam. hye! anda pernah sampai ke Perak tak? haa itu soalan wajib yang ingin ditanya sebab Perak memang best, jadi bagi sesiapa yang tak pernah pergi memanglah rugi, hehe. Pertama sekali, saya nak cerita sedikit sejarah mengenai ngeri kelahiran saya ini.

Perak telah terbukti wujud pada zaman pra sejarah lagi. Dianggarkan Perak telah diduduki oleh manusia zaman batu lama semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi lagi.Haa lama dah kan? Negeri Perak atau nama rasminya Perak Darul Ridzuan adalah salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia selain daripada Pahang. Perak juga terdiri daripada 9 jajahan yang dikenail sebagai daerah :
  • Batang Padang
  • Kinta
  • Kuala Kangsar
  • Larut,Matang dan Selama
  • Kerian
  • Manjung
  • Hilir Perak
  • Perak Tengah
  • Hulu Perak

Untuk pengetahuan semua,saya dilahirkan di Gerik,iaitu daerah Hulu Perak kerana ibu bapa saya bekerja di sana ketika itu. Namun begitu,sekarang rumah keluarga saya terletak di Taiping,iaitu di daerah Larut,Matang dan Selama.

Saya bukan ingin menceritakan tentang peribadi saya, tetapi saya ingin berkongsi tentang tempat-tempat bersejarah di Perak.

1) Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kg Gajah.







  • Kompleks ini terletak kira-kira 70 km dari bandar Ipoh dan kira-kira 25 km dari Teluk Intan. Terdapat   beberapa tempat yang sesuai dilawati, diantaranya ialah Tugu Lela Rentaka, Kubu Dato' Maharaja Lela, Masjid Pasir Salak, Rumah Kutai, Kubur SiPutum, Memorial Pahlawan, Kubur J.W.W. Birch, Terowong Masa dan yang berkaitan dengan sejarah Pasir Salak.

    2) Muzium Kota Ngah Ibrahim, Matang.

    • Suatu ketika dahulu, kota ini adalah pusat pentadbiran bagi daerah Larut yang pada ketika itu menjadi jajahan takluk di bawah kuasa Ngah Ibrahim. Kota Ngah Ibrahim dibina di Matng pada tahun 1854. Di dalam kawasan Kota ini, Ngah Ibrahim telah membina sebuah rumah besar yang menjadi kediaman rasminya. Sebuah bangunan setor digunakan sebagai tempat simpanan bijih timah.
    • Selepas Ngah Ibrahim dihukum buang negeri, Kota Ngah Ibrahim diambil alih oleh pihak British. Ia digunakan sebagai kediaman rasmi Kapten Tristam Speedy, dan juga digunakan sebagai bangunan mahkamah untuk perbicaraan Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor kerana tuduhan membunuh Residen British pertama di Perak, J.W.W Birch. Mereka didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung di hadapan Kota Ngah Ibrahim pada 21 Januari1877.

    Sekian saja untuk post kali ini. Terdapat pelbagai lagi tempat bersejarah,tempat pelancongan yang sangat menarik di Perak. Jom melawat Perak! :)


    No comments:

    Post a Comment